May 18, 2013

Hikayat Air Orang Kawin (Sirap namanya)

Tersebut lah kisaahhhhhh.... heiiiiiii..
kisah mengenai air org kawin.. heii......
kalau nak percaya.. percayalah... kalau xnak percaya sudah.. Heiiiiiiii

         Hikayat bermula dizaman sebelum Francis light datang ke tanah melayu, dizaman di mana parameswara sudahpun mempunyai anak cucu. dan dizaman entah betul entah tidak org melayu sudah mula pandai main kutu. Terdapat sebuah kampung di tengah2 hutan berdekatan dengan kota melaka. kampung yg tidak bernama akibat terover shadow dgn kampung sebelah Kampung Shalalakemoning yg sangat femous namanya.

            Megat anak Pak Toet memandang ke langit gelap melihat bulan sendiri. Dia merasakan dirinya sepi, sepi bagaikan pungguk bertenggek sendiri. biarpun embun malam membasahi ubun-ubun kepalanya dikala malam hari. dia tak peduli setiap kali dia pandang bulan, satu wajah bermain di dalam memory. Wajah Fateha yg dia impi.

            Kedengaran Mak Biah, ibu kepada Megat bin Toet jerit dari dapur memangil anaknya kemari.

"MEGAT!!! megat !!!! buat apa kamu tercongok di bawah pangkin tu.. tidakkah engkau denga cakap ibu yg air kenduri kawin kamu ini mahukan air apa"

            laugan Mak Biah buat Megat Toet tersentak dalam angan-angannya tadi. "alah ibu ni.. potong stim saja, saya sedang syok merenung bulan teringatkan bakal isteri saya esok hari". 

            "Yang kau tenung bulan tu buat ape, esok lepas kawin, tengok la bini kau tu puas2, ni banyak lagi kerja nak di buat, baju kawinnya kedut. rambut kamu pulak serabut. ni, pegi la cukur bulu ketiak kamu tu.. dah lebat  bulu ketiak kamu mak tengok. mau pengsan si fateha nanti" bebel Mak Biah pada Megat Toet.

                Sebagai anak mithali Megat Toet akur dengan perintah ibunya, bukan apa ibunya sorang saja selain Fateha yg menyayangi dirinya. beliau bukanlah pemuda hensem kacak bergaya, kalau nak dibandingkan dengan Aeron Aziz, Jauh sekali.. oh lupa, Aaron Aziz belum lahir lagi zaman itu. Zaman itu muka paling hensem muka Hang Lekiu, Hang Lekiu ni ada darah cina. Bapanya pedagang tanah besar bernama Lek Ai LikeU.

Sedang Megat Toet mencukur dan mencabut bulu ketiaknya, dia sendiri rasa masam dengan ketiaknya sendiri. lalu dia tercari2 akal bagaimana dia dapat hilangkan bau ketiaknya..

sambil mencabut bulu ketiak satu persatu, dia teringatkan nasi lemak yg Mak Biah masak untuk jamuan kawinnya esok.. baunya wangi.. Wangi Daun Pandan.. Megat Toet dapat akal yg bijak geliga.

"Apakata kalau aku gosok ketiakku dengan daun pandan juga, untung2 dapat la si Fateha Merasa Bau Ketiak ku yg wangi se wangi nasi lemak bonda"

Megat Toet pun mencilok baki Daun Pandan kepunyaan emaknya.. Mula la dia buat kerja gila.. Mengosok2 ketiaknya dengan daun pandan juga. Namun, Akalnya tidaklah sebijak mana.. baunya wangi pandan tetap tiada pada ketiaknya.

Puas Dia berfikir, bagaimana nak kasi naik baunya, akhirnya dia mendapat 1 akal atau nama modennya "idea". "Apakata aku celup dalam Air lepas itu gosok di ketiak, moga2 berhasil".
kemudian dia mencelup daun pandan itu tadi kedalam air sebesar tempayan, lalu mengosok ke ketiaknya, berkesan.. Kini ketiaknya sewangi pandan juga. Alangkah gembiranya Megat Toet. Bagaikan Riang Ria Hari Raya, dapat menyelesaikan masalah bau ketiaknya, sehingga dia terlupa dan membiarkan saja daun pandan tadi terendam di dalam tempayan semalam hendaknya.

Pagi esoknya, selepas mandi di sungai. Megat Toet kembali kedapur dengan niat ingin menyapu deodorant Purbanya. Stock 1 tempayan, 1 tahun dia tak cukur bulu ketiaknya pun tak apa, wangi sewangi nasi lemak ibunya khas untuk mendakap bakal isterinya fatehah yang akan dikahwininya lepas zohor nanti.

Namun sampai saja di dapur, Air setempayan itu hilang.. dia bertanya "Bonda.. Bonda.. kemana air setempayan yg di simpan di belakang dapur itu pergi?"

Mak Biah dengan selamba, sambil hias tepak sirih berakata "Air setempayan itu sudah dihantar kerumahnya Fateha, Air itu Bonda masak untuk air minuman, Bonda sudahpun campurkan gula untuk minuman disana."

terkedu Megat Toet seketika, Air itu.. Air itu.. Air deodorant purbanya bakal diminum oleh tetamu dan dirinya selepas majlis nikahnya. Megat Toet, terkedu.. diam tanpa suara.

________________________________________________________

Di suatu ketika, masa yang sama.. Air setempayan dari rumah Mak Biah telah sampai di ruang dapur rumah Fateha. Adat resmi Pengantin Perempuan ketika itu, menyediakan Air Minuman untuk rombongan kahwin suaminya dan para tetamu. Fateha pun membuka air setempayan yg dihantar dari rumah Mak Biah.

Sedikit rasa pelik, melihat Air Gula tekandung daun pandan seikat di dalamnya.. "Mungkin ini resepi baru bakal mertuaku untuk air minum majlis kawinku petang ini" bisik hati fateha gembira.

Fateha Meneguk segelas Air dari tempayah tersebut... "gulp..gulp..gulp.. Wangi, tapi kurang warna.. mungkin lagi menarik jika air ini ada sedikit warna" getus hati Fateha.

Fateha pun mencari2 pewarna kuih apom kesukaannya... MERAH!! ini menarik. lalu dia pun menuang kesemua pewarna kedalam tempayan tadi dan mengacaunya..

Jadilah Air Merah Wangi bergula juadah minuman Majlis Kahwinnya..

Petang itu semua tetamu kagum dengan Air Kahwin berwarna merah yg menjadi hidangannya ketika majlis persandingannya..

Muka Megat Toet pucat, tapi cuba terus lega bila ada tetamu yg membisik pada telinganya ketika salam dengan tetamu "Air Kahwin kau ni Sedap, untung kau dapat bini pandai buat air, bagi aku resepi. Apa namanya?".

Megat Toet terkelu entah mengapa.. lalu memangil 2orang anak buahnya "Sarip.. Sirap... mari sini tolong hidangkan air ini"

maka bermulalah hikayat Air Kegemaran Orang Kawin Rakyat Malaysia.. Sirap Namanya...

February 2, 2013

Hadiah RARE

Hadiah.

sebagai seorang pakwe, gua lebih byk memberi dari menerima. klw nak kira hadiah org bagi pada gua memang kira pakai sblah jari je. Teddy bear?? haramm xpernah dapat. gua bukan makwe2 nk dpt teddy bear. gua ni biasa sebagai tukang beri pendapat je.

ade la makwe2 sekelas tanya pendapat pada gua;

"wei paan, kala aku bg pakwe aku CD new boys ok x?"- soalan tahun 2002
 "Paan, kau rase mane best? aku kasi jam ke kasi tali pinggang"-soalan UP skit time skolah menengah
seperti biasa aku pun bg pendapat secara professional dan ikut logic akal pemikiran aku tahap budak skolah masa tu. klw nak ikutkan kepala gila aku nak je aku jawab

"agak2 la pakwe kau nak layan New Boys, gay syiall kasi la CD blue"
xpun gua bagi jawapan cam ni;

"kau gile nak bagi tali pinggang kat BF kau? xsabar2 nak jadi mangsa dera rumah tangga ke?"
OH.. itu kalau aku jawab ikut nafsu la.. tapi aku xla cam tu aku baik, jawab biase2 je. idea tahap budak skolah.

Tapi.. pade suatu malam yg riuh dikampung, ketika sesi membuka hadiah pengantin sewaktu sepupu aku kawin. Ada satu incident yg telah merevolusikan idea mengenai hadiah berlaku di cortex kepala aku.

kisahnye camni, sepupu aku yg kawin ni badan dia saiz besar jugak la.. dua2 pengantin ni gempal. tibe2 mase bukak hadiah, Pengantin dapat hadiah JUS MATE 5. semua org bantai gelak 1 rumah. hahaha kesian pengantin.. hahaha

Hal ini telah mencetus cel-cel otak "NAKAL" aku untuk terus berhubung untuk menjana idea "HADIAH RARE" yg gile2. idea ini menengahkan konsep:

"It's not about money... it's about sending a message."-Joker

so banyak la idea BIJAK lagi FUN yg bermain2 difikiran gua. xmain la.. hadiah frame gambar, jam dinding.. itu taraf budak tadika boleh la. kita ni budak yg bakal meREVOLUSIkan  DUNIA. xkan nak duduk di takuk lama.

jadi KALAU GUA ADE DUIT, gua beli hadiah untuk org tertentu dgn NIAT tertentu, dengan MESSAGE tertentu, tapi message tu xde la gua explain.. pandai2 sendiri la tafsir.

hadiah RARE 1:

hadiah ni gua bagi kat lecturer perempuan english academic writing skill gua. Mdm ape tah nama dia, gua lupa. hadiah perkahwinan.
Niat: Membantu mereka mencipta keluarga bahagia
Hadiah:  periuk kecik murah size cukup2 masak meggi 2 bungkus
Presentation: periuk kecik yg harga rm5.60 tu gua masuk dalam kotak sebesar meja makan, lepas tu penuhkan dgn surat khabar lame, balut cantik2 letak reben. bawak ke kelas dgn gaya hadiah berat nak mampus. suruh lecturer bukak time balik rumah.
Message: asas 1 keluarga adalah 2 org, keluarga kecik, hidup mula2 memang susah makan meggi je, tapi ingat dunia ini luas, masih byk ruang kosong didalam setiap kotak peluang.
Feedback: lecturer kasi "like" kat dlm kelas sambil sengeh sorang2

hadiah RARE 2:

hadian ni gua bagi kat scandal gua paling lame, sejak zaman matrix sampai masuk U, sekelas pulak tu. Org kate kalau dah jodoh xkemane, tapi apekah daya.. sampai skrg, haraamm 1 ape pun taraakk. kebetulan hari jadi dia jatuh time valentine day.
Niat: hadiah birthday ala2 ayat2 cinta dgn niat mengena & have fun.
Hadiah: buku ala2 calon isteri wanita solehah & sebijik batu bata.
Presentation: sebuah buku tajuk Wanita solehah di sertakan dgn sebiji BATU BATA yg dibungkus dgn surat khabar didalam kotak kecik yg dibalut kemas dan cantik. BERAT GILE, kali ni kecik tapi berat. yg kat atas besar tapi ringan. Nampak x? reverse psychology.
Message: andai kata satu hari nanti kau isteriku, bacalah buku itu sebagai panduan, dan batu itu adalah batu asas untuk mahligai bahagia kita 1 hari nanti. Perghhhh.. jiwang bak hang!!
Feedback: gua dengar citer budak2 perempuan bantai gelak 1 bilik ramai2.. amikaww.

Hadiah RARE 3:

hadiah ni gua belum sempat bagi lagi sebab hadiah ni khas untuk member lelaki yg bakal kawin. stakat ni budak perempuan je dah kawin, yg lelaki haprak semua cam aku ngaji lagi.
Niat: sebagai preparation menjadi suami yg bertangungjawab
Hadiah: sebuah buku berjudul PERMATA YANG HILANG
Presentation: ahh lelaki xpayah nak balut2.. campak buku yg photostate tu atas meja kedai mamak sambil dialog "Hang kalau nak Kuat, ngaji buku ni sampai habis"
Message: Good Luck Bro
Feedback: blomm bagi sape2 lagi (coming soon)

last.. ni last..

Hadiah RARE 4:

hadiah ni gua bakal bagi kat seseorang bulan 4 ni. dgn dia ni gua dah tangkap cintan sampai simpan duit nak beli cincin berlian POH KONG nak masuk meminang. tapi apakah daya, kisah cinta gua berakhir di tengah jalan.
Niat: Semoga kau jadi insan berguna
Hadiah: buku bertajuk TAUBAT, cermin muka, dan batu bata yg gua pecah2kan jadi batu2 kecil
Presentation:buku dan cermin gua balut skali dgn surat khabar lama, batu bata pecah tu gua letak skali bersama buku2 tu dalam 1 kotak saiz sedap2 saiz tapak tangan
Message: Lu PIKIR SENDIRA LA... 


December 31, 2012

2012 gua

Gua xtau dari mane gua nak mulakan.. kalau ikut kelender, gua kena start cerita dari January. tapi klw gua mule dri january, kompem korang rase xbest ibarat pakai spander terbalik. xbetul kedudukannya.

mcm biasa 2012 ni ade sedap dan ade palatnye hidup ini. ade best ade xbest. ade sedih ade gembira ade happy ade celaka. well, life must go on. dan aku berjaya Survive sepanjang thn 2012.

xsah cerita pasal akhir tahun kalau x cerita pasal azam kan? btol x? sbenarnya gua ingat2 lupe azam gua thn 2012, tapi klw xsalah gua, gua nak kurus (azam lama yg diforward setiap tahun- recycle azam org kate).

tapi gua rase sepanjang tahun ni gua memang ade perubahan
yg pertama:

Saiz. xbnyk skit la..

ni gua di awal tahun
gua dgn nadya, awal tahun

ni plak gua di akhir tahun

ni gua di akhir tahun (ade beza skit kan?)
ok kita compare lg, ni gua dgn kawan2 gua tgh karoke,





ni pic ke 2 untuk dibandingkan


amacam? ade beza kan.. haha (gua dgn member gua hari raya haji)
gua diet atas cabaran minah kat atas ni suh gua xmakan nasi. so genap hari ini 31/12/2012, 8 bulan gua xmakan nasi.

ku ingatkan panas sepanjang hari rupanya hujan menjelang petang.
sekadar gambar hiasan
sepanjang tahun ni, gua ade temui cinta, tapi cinta gua tak kesampaian. ahh apakah daya, dah jodoh tiada. tapi kenangan dulu xkan ku lupa. buat apa membenci apa yg kita pernah sayang bukan?




ohh sudah cukup.. cukup sudah cerita pasal cinta, mari cerita mengenai pencapai gua tahun ni.
tahun ni gua jadi senior, FINAL YEAR. tapi itu tak menghalang gua untuk mencapai dan mengejar cita2 gua untuk jadi scientist & innovator.

so.. gua join pertandingan My Inovasi 2012 

Rm5000 beb!! gua juara no 1 peringkat zon timur  beb

kejayaan peringkat zone
kejayaan gua xterhenti disini je.. Gua berjuang ke peringkat National. dan ini hasilnya:



Top 10 malaysia beb. Top 10 Malaysia pic [gua di tengah]

Alhamdulilah, gua berjaya dapat tempat ke 6, jadi top 10 inovator malaysia. berkat doa mak ayah dan sokongan kawan2, gua dah berjaya, dan akan terus berusaha untuk lebih berjaya di jalan yg diredhai Allah s.w.t.

oh ini pic gua dlm Layar opera [sblom gua diet]
lame gua xjoin balik sbb gua busy buat FYP. di saat gua tulis entry blog ni gua tgh final exam dan hujan tgh lebat kat luar sbenarnye.. apelah nasib, final exam time2 syok gini.

so lastly azam gua 2013 adalah:

Gua berazam nak siapkan thesis fyp, jadi innovator muda berjaya dan jadi insan yang beramal soleh.

so cerita banyak pun xguna, gua tulis ni bukan nak bagi lu orang baca sgt, just jadi ibarat diary kesimpulan 2012 gua je. gua tau entry ni boring, tapi ade gua kisah?? blog gua, Ikut Suka Gua La!!

August 31, 2012

Teman Pengganti

(Gua ceritakan kisah gua dalam mode "Aku-Kata Luahan Hati")

tiada kata tiada bahasa yang dapat aku ceritakan melainkan melalui lagu yang telah tertulis hasil nasib yang dikongsi di dalam situasi yang sama, bersama penulis lagu ini. Di Petang Jumaat ini.. Aku Ceritakan Rahsia yang Terbuku di hati.. Khas untukmu teman yang tiada ganti.

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

 
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi

Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan

Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

 
Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah


Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti



August 19, 2012

Setipis Iman, Senipis Tisu

          Almukadimah 1 hari sebelum raya Abam yg rasa bosan tak tau nak buat apa di rumah tak kala semua penduduk KL pulang ke kampung untuk berhari raya, manakala Abam tersadai di KL kerana Abam dah takda Atok Nenek. Akibat rasa bosan yang amat sangat, Abam amik keputusan untuk berkerja memandu teksi cari duit raya sendiri.

Bawak teksi di penghujung ramadhan bukan la mudah seperti yg di sangka2. ya Jalan KL lengang tak jem.. tapi tahukan anda manusia juga lenggang xda org. demi mencari duit poket sendiri Abam kuatkan jugak semangat dengan niat Abam kerja salah satu ibadah ikhlas kerana Allah Taala. Abam amik wuduk & terus capai baju kemeja putih memecut teksi bapak abam.

Alhamdulilah, xsampai 4minit 30saat abam dpt 1st Customer, leng chai mintak abam antar ke Low Yat plaza. yess dapat la Abam RM14.80. selepas selesai Abam menuju ke arah perumahan cina di Taman Midah dengan harapan CINA-CINA xbalik raya. masuk je ditaman midah.

satu mamat melayu sikit punya stylo tahan teksi Abam, katanya dia nak ke Bandar Tun Razak(BTR), abam ye kan je lah...

Bermula la Ujian ramadhan terakhir abam. Mamat ni NAZRI namanya (nama sebenar) merupakan seorang pemuda sebaya dgn abam, dlm perjalanan kami berkenalan dan kata beliau dia niaga henfon dan banyak tempat nak gi, so lepas gi BTR dia ajak ke Low Yat tuk amik Samsung Galaxy Note. abam ikutkan aje.. dia cakap dia nak pergi byk tempat dan perlukan seorang pemandu, so dia ckp kat Abam dia nak tempah teksi abam sampai petang dgn bayaran RM100 cash. abam pun ikut sajalah..

ntah cam ne, bila dah sampai dia kata bag duit dia tertinggal pastu dia lari camtu je.. nak je abam henjut kasi penumbuk sebijik dua. tapi apakah daya, Abam berpuasa.. takpa2! tambang lu rm 24.80 akhirat cerita... sabar itu separuh dari iman,  memang betul2 menguji iman time tu, nak je henjut sedas-dua.. tapi abam ingatkan diri abam yang iman abam bukan bernilai rm 24.80.

Doa orang teranaiya, Allah senang makbul. lalu abam mula la tadah tangan berdoa..

"Ya Allah, Kau bukakan lah pintu-pintu rezeki padaku, murahkan lah rezeki2 ku.. sesungguhnya Kau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

itu ujian pertama di hari terakhir ramadhan.

separuh jiwa abam putus asa ketika itu, tapi alhamdulilah xsampai 3min time abam kat depan maybank bukit bintang tiba-tibe ada 2 awek foreigner sexy tahan teksi abam.. KLCC katanya.. abam pun OK kan jer... awek tersebut naik, sorang duk belakang dan sorang lagi duk sebelah abam... harumanya semerbak, kulitnya putih.. tiba-tiba lagu
SOMEBODY I USED TO KNOW -Gotye  memecah masuk ke gegendang telinga kami..

dia kuatkan volume dan awek tersebut mula nyanyi layan lagu tersebut.. gerak lentok yg menghairahkan betul2 menguji focus abam dijalan raya. kedua2 yg hanya memakai tube  bertali bra merah sedikit terlondeh menampak kan lurah dendam betul2 membuat jantung abam berdegup kencang.

otak nakal bermain2 di minda.. cuba untuk tidak menjeling.. entah dari mana ada suara berkata di dalam kepala

"geramm weihhh kau terkam dan gigit je leher dia"

"ape lagi nak tunggu green red light tu... ni la masanya kau nak kiss apa yg patut.."

Jantung abam berdegup kencang, abam cuba menahan nafas yg hampir tercungap-cungap.. kedua2 aweks terus sing along sambil melentok2 di kerusi masing2.. Dup DAP Dup DAP jantung abam berlari.. letak duduk kerusi abam jadi tak selesa.. rasa bagaikan ada Gear kedua sudah bersedia untuk digunakan..

arghhh mengapa sungguh kuat dugaan ini.. Abam cuba mengawal apa yg masih dapat dikawal.. abam memandang mereka berdua & bertanya..

"where're u came from?"tanya abam memulakan bicara
"We are from Russia, err do you smoke?"

"no"balasku pendek.. 

abam gunakan kesempatan ini untuk melihat apa yg tak patut di lihat. terasa diri ini amat JAHIL sekali... bisik hati abam " Ya Allah sungguh berat ujian mu kali ini". namun mata masih terus melihat dendam2 yg terbonjol di sisi.



Abam cuba menguatkan saki baki iman yang ada.. cuba tidak menjeling dan focus pandang hadapan. 2min selepas itu, maka sampailah Abam di KLCC.. tambang kali ini hanya rm5.

"How much?" tanya awek rusia yg macam porn star tu.
"5 dollar only" balas abam terketar mesyusun ayat, takut2 terlepas apa yg tak patut di cakap..

Aweks russia tu keluarkan note Rm 10 dan beri pada abam.. abam menyeluk poket iigin memberi baki..

"It's OK! take it.." balas aweks tu dgn senyuman...
"Thank You" balas abam dalam confuse.. 
sewaktu dia melangkah keluar, sempat abam lihat lengang lengok 2 awek russia tersebut..
sambil muka tersenyum mata terjuling:



Astargfirallah halazim.. ape abam buat ni.. Alhamdulilah murah rezeki dapat payment double. Abam syukur pada Allah dengan rezeki yg diberi.. tapi benar abam mula sedar yang Iman Abam yg ada pada diri bukanlah kuat mencengkam bumi.. malahan lebih tipis lagi nipis, SENIPIS TISU yg terbang melayang bila diuji.

Abam tewas ujian kali ini. hikmah tetap ada, abam sedar sapa diri abam ini.

abam akhiri kerja abam pada jam 5 petang dgn Duit poket berjumlah rm85 dari 10pagi sampai pukul 5 di petang hari.

P/S:
TAK SEMESTI nya yang pakai sexy itu Hina dan Keji, malah yg pakai sexy itu lagi pemurah dari segelintir melayu pijak melayu sendiri.

Citer hot top 5

Benda Best yg lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...