October 11, 2011

Cinta- dari pandangan Science Fizik dan Biology (part 1)

Sifu gua, M.Subash pernah berkata di dalam kelas bio-fizik tahun 2007.
di dalam kelasnya dia berkata, 

setiap badan manusia mengeluarkan gelombang/wave dan mempunyai frequencynya yang tersendiri.

sebagai contoh:

Sekiranya si A mempunyai hubungan dengan si B, (Suami-Isteri/Anak-Emak/Kembar/Kekasih).
Pada 1 tahap wave frequency dihasilkan si A akan synchronize dgn wave frequency B.
Kedua-duanya akan mencapai 1 gelombang pada frequency yang sama.
 
atau dengan bahasa mudahnya Aura si A berada di tahap yg sama dengan Aura si B.
Apabila sesuatu berlaku pada si B, si A dapat merasai apa yang berlaku pada si B.

contoh: hubungan antara Ibu dan Anak

apabila kasih seorang Ibu itu kuat terhadap Anaknya,
Aura anaknya (wave frequency) akan seiring dengan Ibu.
jadi sekiranya berlaku kemalangan atau sesuatu yg baik/buruk menimpa anaknya.
ibu akan terasa. dalam bahasa melayu klasik ia dipangil naluri seorang ibu.

sama juga dengan hubungan suami isteri.
katakanlah si suami memandu laju dan accident tengah jalan.
secara automatic isteri merasai sesuatu yg tidak kena menimpa.
buktinya.. ketika isteri basuh pinggan tiba2 terlepas pingan jatuh bederai.
atau ketika menjahit baju, tiba2 jari isteri tercucuk jarum hingga berdarah.
contoh2 ini banyak disiarkan dalam drama melayu tv 1,2 dan tv3.
so penjelasan secara saintifiknya terdapat wave frequency yg sama antara suami dan isteri.

kembar seiras
contoh lain yang hampir sama adalah hubungan adik beradik kembar (kembar seiras). jika sesuatu berlaku pada si kembarnya, pasangan kembarnya akan terasa. Sebab itu ada digalakan sekiranya salah seorang kembar ingin berkahwin. adik beradik kembarnya perlu dikahwinkan sekali dengan pasangan masing2 pada hari yg sama. Ini untuk mengelakan kekeliruan sex yg dialami oleh sebelah pihak.
bayangkan kalau si A melakukan hubungan sex, kembarnya A" yang tidak berkahwin akan ternaik syahwatnya.. sebab itu hendaklah dikahwinkan kedua2nya sekali.

Kekasih
yang ni yang paling best... Hubungan Pasangan Kekasih.
walaupun hubungan wave frequency ini hanya dapat disahkan selepas berkahwin.
tetapi gelombang ini (wave frequency) secara theory  nya bermula ketika saat bercinta.
sekiranya si lelaki mencintai perempuan tersebut dan begitu juga dengan perempuan tersebut.
Wave frequency (aura) kedua-dua individu ini akan sama.
contoh situasi,

apabila seorang perempuan teringatkan seorang lelaki, dan cuba untuk sms lelaki tersebut.
lelaki itu secara automatic dapat merasai aura pangilan perempuan tersebut sebelum dia dapat sms.
dan ketika baru je lelaki itu mula mencapai henfon untuk call perempuan tersebut, sms perempuan tadi pun sampai.

so bagi gua cinta/sayang itu berkait rapat dengan wave frequency seseorang individu

ramai orang kata CINTA itu BUTA.
mereka betul sebab wave bukan cari pakai mata, sebab cinta bukan berada di mata, tapi cinta itu lahir dari jiwa (tempat lahirnya aura wave frequency).

sekiranya post entry ini mengalakan, gua akan sambung lagi mengenai FAKTOR yang menyebabkan wave frequency ini sama.

ini yang gua belajar, kalau sifu gua tipu gua, maka tipulah gua.

bagi gua cinta berkait rapat dengan science, bukan stakat bio & fizik, chemistry pun ade,
contoh;

"Awak, antara saya dan awak ada Chemistry lah"

October 7, 2011

Penipu

penipu & pelakon ni adalah sama tapi tak serupa
 
yang membezakanya adalah,
Pelakon, berlakon di atas pentas (menipu orang yg ada dibawah)
dengan emosi dan 1 jalan cerita

Penipu pulak,
berlakon di bawah pentas (menipu orang yang ada di sekeliling)
dengan emosi dan berbagai-bagai jalan cerita.

nak contoh cam ne org menipu??

haah mcm aku ni lah, tengah tipu korang..
lakonan tu seni, tipu tu keji.

Citer hot top 5

Benda Best yg lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...