February 2, 2013

Hadiah RARE

Hadiah.

sebagai seorang pakwe, gua lebih byk memberi dari menerima. klw nak kira hadiah org bagi pada gua memang kira pakai sblah jari je. Teddy bear?? haramm xpernah dapat. gua bukan makwe2 nk dpt teddy bear. gua ni biasa sebagai tukang beri pendapat je.

ade la makwe2 sekelas tanya pendapat pada gua;

"wei paan, kala aku bg pakwe aku CD new boys ok x?"- soalan tahun 2002
 "Paan, kau rase mane best? aku kasi jam ke kasi tali pinggang"-soalan UP skit time skolah menengah
seperti biasa aku pun bg pendapat secara professional dan ikut logic akal pemikiran aku tahap budak skolah masa tu. klw nak ikutkan kepala gila aku nak je aku jawab

"agak2 la pakwe kau nak layan New Boys, gay syiall kasi la CD blue"
xpun gua bagi jawapan cam ni;

"kau gile nak bagi tali pinggang kat BF kau? xsabar2 nak jadi mangsa dera rumah tangga ke?"
OH.. itu kalau aku jawab ikut nafsu la.. tapi aku xla cam tu aku baik, jawab biase2 je. idea tahap budak skolah.

Tapi.. pade suatu malam yg riuh dikampung, ketika sesi membuka hadiah pengantin sewaktu sepupu aku kawin. Ada satu incident yg telah merevolusikan idea mengenai hadiah berlaku di cortex kepala aku.

kisahnye camni, sepupu aku yg kawin ni badan dia saiz besar jugak la.. dua2 pengantin ni gempal. tibe2 mase bukak hadiah, Pengantin dapat hadiah JUS MATE 5. semua org bantai gelak 1 rumah. hahaha kesian pengantin.. hahaha

Hal ini telah mencetus cel-cel otak "NAKAL" aku untuk terus berhubung untuk menjana idea "HADIAH RARE" yg gile2. idea ini menengahkan konsep:

"It's not about money... it's about sending a message."-Joker

so banyak la idea BIJAK lagi FUN yg bermain2 difikiran gua. xmain la.. hadiah frame gambar, jam dinding.. itu taraf budak tadika boleh la. kita ni budak yg bakal meREVOLUSIkan  DUNIA. xkan nak duduk di takuk lama.

jadi KALAU GUA ADE DUIT, gua beli hadiah untuk org tertentu dgn NIAT tertentu, dengan MESSAGE tertentu, tapi message tu xde la gua explain.. pandai2 sendiri la tafsir.

hadiah RARE 1:

hadiah ni gua bagi kat lecturer perempuan english academic writing skill gua. Mdm ape tah nama dia, gua lupa. hadiah perkahwinan.
Niat: Membantu mereka mencipta keluarga bahagia
Hadiah:  periuk kecik murah size cukup2 masak meggi 2 bungkus
Presentation: periuk kecik yg harga rm5.60 tu gua masuk dalam kotak sebesar meja makan, lepas tu penuhkan dgn surat khabar lame, balut cantik2 letak reben. bawak ke kelas dgn gaya hadiah berat nak mampus. suruh lecturer bukak time balik rumah.
Message: asas 1 keluarga adalah 2 org, keluarga kecik, hidup mula2 memang susah makan meggi je, tapi ingat dunia ini luas, masih byk ruang kosong didalam setiap kotak peluang.
Feedback: lecturer kasi "like" kat dlm kelas sambil sengeh sorang2

hadiah RARE 2:

hadian ni gua bagi kat scandal gua paling lame, sejak zaman matrix sampai masuk U, sekelas pulak tu. Org kate kalau dah jodoh xkemane, tapi apekah daya.. sampai skrg, haraamm 1 ape pun taraakk. kebetulan hari jadi dia jatuh time valentine day.
Niat: hadiah birthday ala2 ayat2 cinta dgn niat mengena & have fun.
Hadiah: buku ala2 calon isteri wanita solehah & sebijik batu bata.
Presentation: sebuah buku tajuk Wanita solehah di sertakan dgn sebiji BATU BATA yg dibungkus dgn surat khabar didalam kotak kecik yg dibalut kemas dan cantik. BERAT GILE, kali ni kecik tapi berat. yg kat atas besar tapi ringan. Nampak x? reverse psychology.
Message: andai kata satu hari nanti kau isteriku, bacalah buku itu sebagai panduan, dan batu itu adalah batu asas untuk mahligai bahagia kita 1 hari nanti. Perghhhh.. jiwang bak hang!!
Feedback: gua dengar citer budak2 perempuan bantai gelak 1 bilik ramai2.. amikaww.

Hadiah RARE 3:

hadiah ni gua belum sempat bagi lagi sebab hadiah ni khas untuk member lelaki yg bakal kawin. stakat ni budak perempuan je dah kawin, yg lelaki haprak semua cam aku ngaji lagi.
Niat: sebagai preparation menjadi suami yg bertangungjawab
Hadiah: sebuah buku berjudul PERMATA YANG HILANG
Presentation: ahh lelaki xpayah nak balut2.. campak buku yg photostate tu atas meja kedai mamak sambil dialog "Hang kalau nak Kuat, ngaji buku ni sampai habis"
Message: Good Luck Bro
Feedback: blomm bagi sape2 lagi (coming soon)

last.. ni last..

Hadiah RARE 4:

hadiah ni gua bakal bagi kat seseorang bulan 4 ni. dgn dia ni gua dah tangkap cintan sampai simpan duit nak beli cincin berlian POH KONG nak masuk meminang. tapi apakah daya, kisah cinta gua berakhir di tengah jalan.
Niat: Semoga kau jadi insan berguna
Hadiah: buku bertajuk TAUBAT, cermin muka, dan batu bata yg gua pecah2kan jadi batu2 kecil
Presentation:buku dan cermin gua balut skali dgn surat khabar lama, batu bata pecah tu gua letak skali bersama buku2 tu dalam 1 kotak saiz sedap2 saiz tapak tangan
Message: Lu PIKIR SENDIRA LA... 


There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

Citer hot top 5

Benda Best yg lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...