August 20, 2011

Rahsia seorang Tokey Mercun

gua dgn mercun ni ngam.. macam abg adik,

gua main mercun, pom pang pom pang sana sini..
gua main mercun sampai pakcik dri surau dtg kejar gua & kuncu2
gua main mercun sampai gua tersalah aim tembak umah orang
gua main mercun sampai gua tau semua jenis mercun
gua main mercun sampai gua sendiri jadi taukey mercun

gua dgn mercun cukup true la.. best friend punya.
lu bayangkanlah gua darjah 3 jual mercun.
pastu xpuas hati gua repeat form 3 gua jual mercun

gua dgn mercun ade byk pahit manis:

yg pahit:
time gua darjah 3, malam raya gua main mercun mancis dan mercun papan cina
time main mercun mancis tu, tibe2 sumbu mercun tu terkena api sumbu mercun papan gua yg panjang tu..
mercun ni yg buat tgn gua mcm pakai glove time raya
gua cuba slamatkan dgn potong sumbu mercun tu..
perghh.. meletup mercun tu kat tangan gua.
akhirnya raya tahun 1999 mase gua darjah 3 tu, gua raya dgn tangan bengkak mcm pakai glove.
nasib baik xputus jari gua..
maybe tu la balasan dosa gua, time smayang terawikh gua tertembak Rumah org guna mercun Thunder Clap letup 2kali.. gua rase makcik umah tu sumpah gua kot.
tapi smangat gua KENTAL beb.. selepas trauma 2 tahun, gua sambung main mercun

yg manis:
wahh yang manis mase gua form3.. gua merupakan taukey mercun yg berjaya.. modal gua kuar rm250,
gua beli 1 bag rm5, gua jual 1 bag rm45
untung bersih gua dapat rm500, lepas tolak modal. kaya tak kaya gua raya tahun tu.. Kasut NIKE ori butik mid valley rm500 gua angkat.. perghhh duit mercun gua. mane tak kaya.. gua beli 1 bag mercun bola/telur rm5, Gua jual kat member gua @amirul Syameer rm40, gua jual kat org lain rm45.. 
untung gila kan?? haah.. sebab tu bile time puasa ade je org jual mercun.. sebab jual mercun ni bleh kaya macam org jual DVD pirate.
lagend x lagend business gua. tu gua buat part time je..

mercun ni yg buat gua kaya time tu
lagi 1 gua nak citer, mase gua jual kat skolah dulu, form 3 tahun 2005. gua bawak gi skolah jual kat budak2.. sekali tu ade customer gua yg mana tah, pegi pedajal Pengetua Gua, Tuan Haji Sidek (nama glamour Sidek Man a.k.a MasAdeki). Ade ke patut dia pegi baling mercun mancis kat kepala botak Pengetua gua, mengamuk la org tua tu. habis sport check 1 skolah.. gua time tu pengawas.. pengawas jual mercun weii... hahahah

so, nak cari pesalah tu, SEMUA student lelaki form 3 Smk Bandar Tasik Selatan kena jemur tgh panas atas jalan tar. selagi xde org ngaku sape baling, xboleh balik. time puasa kena jemur memang seksa beb..
tapi memandangkan gua ni taukey mercun yg semua org kenal.. gua terima hukuman dengan redha..
tapi gua tergelak la kan budak lain, kena jemur skali.. kah kah kah

last2 bag mercun yg gua sorok tu, kantoi PK HEM jumpe.. tapi time tu bag tu xde kat gua.. so gua terlepas mulanya.. tapi gua plan 1 strategy, gua trus jumpa pengetua, gua goreng cikgu kata gua mangsa keadaan, kawan gua tumpang bag gua.. gua cuma nak pulangkan mercun member gua balik je.. perghhh gua tipu pengetua beb.. ayat bunga gua kasi:
pengetua gua (harap dia dapat maafkan gua)

"cikgu, kalau saya salah, xkan saya berani dtg jumpe cikgu pengetua depan2.. saya mangsa keadaan cikgu, BERANI Kerana Benar. xkan la seorang pengawas yg setia berkhidmat nak langgar peraturan? saya student yang baik cikgu.. ini semua salah kawan saya, dia mintak saya tlg bawak dtg skolah sebab dia tertinggal kat umah saya smalam. bila jadi mcm ni saya jadi mangsa cikgu. Saya datang masuk bilik pengetua sebab saya BERCAKAP BENAR cikgu"

perrghhh gua goreng ayat ni depan pengetua & cikgu pengawas... student form 3 dah petah berkata-kata..
smart x smart lah.. gua terlepas dari segala tuduhan.. tahun berikutnye gua letak jawatan jadi pengawas.. cikgu pengawas xbagi gua letak jawatan dia kata.

saya ade niat nak lantik awak jadi bakal ketua pengawas sekolah ni, stakat ni saya tgk awak je yang paling sesuai. kalau awak nak berhenti pasal kes tahun lepas, saya xizinkan. saya tau awak tak salah.

so gua dah tekad gua xmo jadi pengawas sebab nanti student yg bengang kena jemur kata gua pengawas tokey mercun.. jatuh image gua sbagai pengawas. so sblom rahsia terbongkar, bia cepat2 gua letak jawatan.

gua bagi alasan ni kat cikgu:
cikgu, saya tau saya Xsalah, tapi sy tak mampu nak penuhi kehendak cikgu, saya nak fokus untuk SPM cikgu, form 4 saya nak fokus dan bina hidup baru. cukuplah sy dapat 4A 4B je PMR. saya nak berjaya dalam SPM cikgu. saya harap cikgu faham

perghhh penuh drama ayat gua, Xsia2 gua layan citer drama melayu tv3.
semua ni true story, gua x ubah 1 apa pun. ini citer gua dan mercun sahabat gua. ini pertama kali gua bukak rahsia kes mercun gua kat skolah. gua harap pengetua gua MasAdeki a.k.a Tuan Haji Sidek baca blog gua dan maafkan gua keran kencing dia hidup2..

semperna bulan ramadhan ni, gua mohon ampun kepada semua pelajar lelaki form 3 (PMR 2005) smk Bandar Tasik Selatan, sebab angkara gua dan customer gua.. kita kena jemur 1 jam. hehehe

No comments:

Citer hot top 5

Benda Best yg lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...