August 11, 2012

Deactivate Facebbok

jam warna hitam di dinding rumah gua menunjukan pukul 2:35 pagi. seelok-eloknye gua tido atau buat solat sunat time2 bulan puasa ni, instead of doing all that ibadah thing, gua start tulis blog gua ni.. Gua dah deactivate Facebook, yaaa gua dah deactivate. KENAPA?? alasan gua bagi kat member2 gua..

GUA NAK FOCUS ibadah puasa gua... yeahh.... maybe betul, gua tak nafikan, tapi itu bukan lah sebab utama gua deactivate. Jujur Ikhlas gua katakan, gua deactivate facebook gua kerana 3 PERKARA:

1)Gua Takut, gua takut privacy gua diceroboh
2)Gua Risau, gua dapati byk masalah gua berpunca dari facebook.
3)Gua ingin berubah.

Privacy
gua adalah insan yang mengutamakan privacy, bagi gua privacy adalah element penting dalam kehidupan.
so ape kena mengena Privacy dgn Facebook? bukan kah Facebook ade privacy setting??
Betul, facebook ade privacy setting, tapi apa gunanya ada privacy setting tapi balak member lu guna account dia skodeng facebook gua. Dan apa gunanya kalau MSC serta beberapa agensi bertindak mencerob privacy di atas nama keselamatan. Ahhhh itu semua dusta. PERCAYALAH.. ape2 je masuk dalam internet. DAH TAK DE ISTILAH PRIVACY.

Masalah dari Facebook.
tahukah anda dengan menggunakan Facebook anda boleh cari Masalah atau Masalah cari anda. either one, mesti dapat punya lah.. kadang2 sesetengah manusia terlampau BENGAP untuk faham apa yg kita sampaikan sehingga menimbulkan persengketaan. Dan kadang kala kita pula yg BENGAP tulis benda tu tanpa fikir sebab & akibat. Ahh betul.. Facebook banyak PRO & Contra.. gua ngaku, gua check kelas gua cancel ke x through Fesbuk. tapi hakikatnya lagi banyak yg JAHANAM dari yg Baik.

Perubahan
bulan puasa ni gua sedar.. gua banyak habiskan masa depan facebook dari buka kitab. gua sedar gua banyak bukak facebook dari bukak buku. gua sedar gua banyak chat facebook dari ngaji Qur'an... dan kadang kala main FB sampai tgh malam pastu liat bangun subuh. so.. semperna ramadhan gua ingin membuat PERUBAHAN.

S: So.. abis tu apsal lu tak deactivate Blog lu sekali.. kate nak berubah.. takan FB je kot??
J: lantak gua la gua nak deactivate mana.. ikutSUKAguaLA!!

(benda ni gua dah tulis 1st week puasa lg.. tapi baru sempat nk abiskan & post) damn... busynyee gua!

No comments:

Citer hot top 5

Benda Best yg lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...