August 19, 2012

Setipis Iman, Senipis Tisu

          Almukadimah 1 hari sebelum raya Abam yg rasa bosan tak tau nak buat apa di rumah tak kala semua penduduk KL pulang ke kampung untuk berhari raya, manakala Abam tersadai di KL kerana Abam dah takda Atok Nenek. Akibat rasa bosan yang amat sangat, Abam amik keputusan untuk berkerja memandu teksi cari duit raya sendiri.

Bawak teksi di penghujung ramadhan bukan la mudah seperti yg di sangka2. ya Jalan KL lengang tak jem.. tapi tahukan anda manusia juga lenggang xda org. demi mencari duit poket sendiri Abam kuatkan jugak semangat dengan niat Abam kerja salah satu ibadah ikhlas kerana Allah Taala. Abam amik wuduk & terus capai baju kemeja putih memecut teksi bapak abam.

Alhamdulilah, xsampai 4minit 30saat abam dpt 1st Customer, leng chai mintak abam antar ke Low Yat plaza. yess dapat la Abam RM14.80. selepas selesai Abam menuju ke arah perumahan cina di Taman Midah dengan harapan CINA-CINA xbalik raya. masuk je ditaman midah.

satu mamat melayu sikit punya stylo tahan teksi Abam, katanya dia nak ke Bandar Tun Razak(BTR), abam ye kan je lah...

Bermula la Ujian ramadhan terakhir abam. Mamat ni NAZRI namanya (nama sebenar) merupakan seorang pemuda sebaya dgn abam, dlm perjalanan kami berkenalan dan kata beliau dia niaga henfon dan banyak tempat nak gi, so lepas gi BTR dia ajak ke Low Yat tuk amik Samsung Galaxy Note. abam ikutkan aje.. dia cakap dia nak pergi byk tempat dan perlukan seorang pemandu, so dia ckp kat Abam dia nak tempah teksi abam sampai petang dgn bayaran RM100 cash. abam pun ikut sajalah..

ntah cam ne, bila dah sampai dia kata bag duit dia tertinggal pastu dia lari camtu je.. nak je abam henjut kasi penumbuk sebijik dua. tapi apakah daya, Abam berpuasa.. takpa2! tambang lu rm 24.80 akhirat cerita... sabar itu separuh dari iman,  memang betul2 menguji iman time tu, nak je henjut sedas-dua.. tapi abam ingatkan diri abam yang iman abam bukan bernilai rm 24.80.

Doa orang teranaiya, Allah senang makbul. lalu abam mula la tadah tangan berdoa..

"Ya Allah, Kau bukakan lah pintu-pintu rezeki padaku, murahkan lah rezeki2 ku.. sesungguhnya Kau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

itu ujian pertama di hari terakhir ramadhan.

separuh jiwa abam putus asa ketika itu, tapi alhamdulilah xsampai 3min time abam kat depan maybank bukit bintang tiba-tibe ada 2 awek foreigner sexy tahan teksi abam.. KLCC katanya.. abam pun OK kan jer... awek tersebut naik, sorang duk belakang dan sorang lagi duk sebelah abam... harumanya semerbak, kulitnya putih.. tiba-tiba lagu
SOMEBODY I USED TO KNOW -Gotye  memecah masuk ke gegendang telinga kami..

dia kuatkan volume dan awek tersebut mula nyanyi layan lagu tersebut.. gerak lentok yg menghairahkan betul2 menguji focus abam dijalan raya. kedua2 yg hanya memakai tube  bertali bra merah sedikit terlondeh menampak kan lurah dendam betul2 membuat jantung abam berdegup kencang.

otak nakal bermain2 di minda.. cuba untuk tidak menjeling.. entah dari mana ada suara berkata di dalam kepala

"geramm weihhh kau terkam dan gigit je leher dia"

"ape lagi nak tunggu green red light tu... ni la masanya kau nak kiss apa yg patut.."

Jantung abam berdegup kencang, abam cuba menahan nafas yg hampir tercungap-cungap.. kedua2 aweks terus sing along sambil melentok2 di kerusi masing2.. Dup DAP Dup DAP jantung abam berlari.. letak duduk kerusi abam jadi tak selesa.. rasa bagaikan ada Gear kedua sudah bersedia untuk digunakan..

arghhh mengapa sungguh kuat dugaan ini.. Abam cuba mengawal apa yg masih dapat dikawal.. abam memandang mereka berdua & bertanya..

"where're u came from?"tanya abam memulakan bicara
"We are from Russia, err do you smoke?"

"no"balasku pendek.. 

abam gunakan kesempatan ini untuk melihat apa yg tak patut di lihat. terasa diri ini amat JAHIL sekali... bisik hati abam " Ya Allah sungguh berat ujian mu kali ini". namun mata masih terus melihat dendam2 yg terbonjol di sisi.



Abam cuba menguatkan saki baki iman yang ada.. cuba tidak menjeling dan focus pandang hadapan. 2min selepas itu, maka sampailah Abam di KLCC.. tambang kali ini hanya rm5.

"How much?" tanya awek rusia yg macam porn star tu.
"5 dollar only" balas abam terketar mesyusun ayat, takut2 terlepas apa yg tak patut di cakap..

Aweks russia tu keluarkan note Rm 10 dan beri pada abam.. abam menyeluk poket iigin memberi baki..

"It's OK! take it.." balas aweks tu dgn senyuman...
"Thank You" balas abam dalam confuse.. 
sewaktu dia melangkah keluar, sempat abam lihat lengang lengok 2 awek russia tersebut..
sambil muka tersenyum mata terjuling:



Astargfirallah halazim.. ape abam buat ni.. Alhamdulilah murah rezeki dapat payment double. Abam syukur pada Allah dengan rezeki yg diberi.. tapi benar abam mula sedar yang Iman Abam yg ada pada diri bukanlah kuat mencengkam bumi.. malahan lebih tipis lagi nipis, SENIPIS TISU yg terbang melayang bila diuji.

Abam tewas ujian kali ini. hikmah tetap ada, abam sedar sapa diri abam ini.

abam akhiri kerja abam pada jam 5 petang dgn Duit poket berjumlah rm85 dari 10pagi sampai pukul 5 di petang hari.

P/S:
TAK SEMESTI nya yang pakai sexy itu Hina dan Keji, malah yg pakai sexy itu lagi pemurah dari segelintir melayu pijak melayu sendiri.

No comments:

Citer hot top 5

Benda Best yg lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...