April 5, 2011

Cerita DIA #1

cerita dia:: cerita cinta

INTRO:

Vroom..Vroomm
 kereta iswara biru menerjah masuk kelaman rumah. Panas enjin kereta itu, seharian menghembuskan kepulan asap-asap karbon monoksida melalui corong-corong ekzos. walaupun kereta itu tidak seperti dulu. Dia tetap bersyukur, kerana kereta itulah yang dinaikinya dulu semasa dibangku sekolah hingga menjadi mahasiswa di sebuah universiti. 

enjin dimatikan, perlahan pintu dibuka.lalu  keluar lah dia. keringat didahi dia cukup membuktikan kepenatan dia rasa. seharian dia di kuliah, semata-mata demi segulung ijazah. menjadi hamba system pendidikan negara. semata-mata ingin mendapatkan kerja menyara keluarga. peluh yang keluar didahinya bukan kerana aircond kereta itu rosak, tetapi semua ini kerana kepanasan HATINYA.

BANG!!!!!! pintu rumah sewa disepak, tanda rebel.

"Asalamualaikum,!!"

serebel manepun jiwa dia, beri salam ketika masuk rumah adalah kewajipan. dulu time dia tadika, BAPAK dia halau keluar rumah sebab dia xbagi salam.

"BAGI SALAM DULU sebelum MASUK rumah!!"- pesanan bapak dia terngiang-ngiang dikepala dia setiapkali masuk rumah.

malang nasib dia harini, takde sape jawab. aksi rebelnya tidak dilihat oleh sesiapa. "BANGSAT, mane semua orang pegi??" tanda tanya mula bermain dimindanya.

Amarah yang masih belum reda dijiwa  dibawa keruang bilik. BAG galas dicampak ke sudut tilam. dalam hati dia "FAK FAK FAK!!! fak fak fak!!!" tak henti, terkumit-kumit di bibir mulusnya.
didalam hati dia 

apsal la banyak sangat assignment nak kena hantar next week..HOI lecturer,ape kejadahnye bagi assignment banyak2??  fikirlah jugak masa sosial gua. gua nak cari awek sorang dua pun xsempat semata-mata nak siapkan assignment belambak ni. da lah account fesbuk gua, gua terpakse deactivate semata-mata nak focus. fak fak fak fak !!!!!
 kemarah dia mula reda, selepas titis-titis air menghujani kepala di dalam toilet. kekotoran dan daki-daki dibadan dia dapat dibersihkan, sambil mandi sambil nyanyi adelah aktiviti favorite dia. sedang2 nyanyi, terbAyang plak lengok tari Yoona girl generation... secara automatic tangan kiri dia mencapai sabun detol kembali.

Selepas puas mandi, dia terus bukak radio,
lagu Maher Zain sedang keudara di stesyen radio IKIM FM.. cepat-cepat tukar kelagu yang lebih hip seperti
Dia suka lagu ni kerana lagu ni lagu Happy. seharian dia tak happy, ape salahnya dia amik sedikit waktu dipetang hari untuk menghiburkan hati. petang itu, dia keluar ke laman rumah untuk menghirup udara segar petang hari. kelihatan sebuah kerusi plastik berwarna putih terletak diatas rumput laman rumah. sambil duduk di atas kerusi pelastik itu tadi, Dia memandang ke langit biru.
langit itu biru, luas terbentang. di langit itu kelihatan kepul-kepul awan putih, di ufuk timur pula kelihatan warna-warna pelangi memancar menyinari bumi. 
sedang kesunyian tadi memakan diri, dia teringat seorang gadis dalam kuliah tadi, putih mulus kulitnya, manis senyumnya, indah bahasanya, cantik tingkah lakunya.

 Dia mula memendam hasrat untuk bercinta lagi, sebab dia merasakan kesunyian telah terlalu lama memakan diri. Namun begitu sedikit kerisauan mula menghantui diri. Adakah dia layak untuk wanita ini? kerana putik cintanya kali ini, merupakan seorang wanita alim lagi mithali.

Dalam senja yang mula menutup tirai hari. Dia bertekat, demi episode cinta dia kali ini dia ingin mengubah diri dengan memantapkan sifat rohani dalam diri. demi cinta suci,  dia harus berubah , dan megharapkan wanita itu setia menanti. dengan harapan yang tinggi, dia mula menyanyi:
Tunggu sekejap
 wahai kasih
 Tunggulah sampai hujan teduh
Mari ku dendang
Jangan mengenang orang jauh
Jangan pula
Jangan, tinggalkan daku sorang
Tunggu sekejap kasih
tunggu... ohhh kasih..






AKU adalah DIA



1 comment:

Lazyfan said...

http://www.youtube.com/watch?v=SJsILJvtik4&feature=channel_video_title

Citer hot top 5

Benda Best yg lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...