April 2, 2011

nota cinta untuk KEKASIH LAMA

diinspirasi dari karya blog DUNIA VOVINSKA gua terkenang kisah lama..
apabila gua bertukar kepada saya. kisah cinta bermula

+ + +


I LOVE YOU


+ + +

kisah mula.. dulu kala.. bila hati.. jatuh cinta.. ku terkenang... raut wajah..
BILA PEJAM MATA....

+ + +
kisah mula..

Bangun pagi, siap-siap pegi sekolah. sekolah tak jauh mana, tetap gak naik motor. ade style la katakan.. waktu itu saya tingkatan empat. duduk dalam kelas rapat-rapat. nak kata baik tu, tak la jugak.. sebab suka cari pasal tak bertempat.

Ha HA ha Ha hA gelak tawa memecah kesunyian hening pagi. Suara separa pecah akibat kematangan umur membingitkan teliga para guru yang tak sudah-sudah suruh kami diam. hehehe.. zaman remaja cukup indah. sewaktu bersama rakan taulan. lepak dalam kelas, borak-borak kosong, bergosip isu-isu semasa, mendengar cerita-cerita panas skandal couple kawan sekelas. tak lupa jugak melihat gelagat KETUA PENGAWAS yang berderama cinta diatas bersama kekasih gelapsya dalam kelas yang tiada pentas.

hA HA ha Ha hA ha HA.. seronok sepanjang hari, lepas balik sekolah, makan kat rumah, rehat kejap, pastu pegi TUISYEN.. wahh kali ni tuisyen saya jauh.. Nun di Pudu KL. saya seronok ke tuisyen berbanding sekolah, sebab saya jumpa ramai kawan dari sekolah merata-rata.

+ + +
dulu kala..

dulu time tuisyen saya ni nakal, banyak bertegur sapa dengan student skolah lain.. awek-awek lah jadi mangsa, kawan dengan awek ni best, diorang baik, sambil tu dapat cuci mata. hehehe.. dulu time tuisyen, kelas tuisyen 2jam, pastu lepak ngorat awek berjam-jam.. Oh indah Masa DULU...

+ + +
bila hati..

bila hati rasa sunyi, memendam rasa mau dikasi, lalu terbuka hati untuk cari pengganti yang telah pergi. atas bantu rakan @ELYA SYAFINAZ, saya dapat no. seorang teman yang tak dikenali. zaman baru 2-3 tahun dapat henfon memang begini. Awek xpernah jumpa pun sangup SMS mms Call sampai pagi. semua ini kerana suara awek tadi sunguh comel sekali. comel tahap cute miut membuat saya rase sunyi kalau tak dengar satu hari. dari telifon berbunyi, sehingga bertukar-tukar gambar sebagai peganti. dulu MYSPACE dan FACEBOOK belum nak UP lagi. surat cinta tulis tangan masih suci.

+ + +
jatuh cinta..

bila selalu berhubung hati mula rasa sayang, perasaan mula kata cinta. hanya dari talian telifon, saya sungguh terpersona. kebetulan dia akan mendaftar tempat tuisyen yang sama dengan saya.. Oh indahnya... dapat dirasai kebahagia membentuk warna-warna pelangi... NAMANYA: ATIQAH, putih orangnya, manis senyumannya, indah bicaranya, rendah tubuhnya, tapi sayang kemek sikit hidungnya.. dari pertemuan bermula bibit-bibit percintaan. wahh dari namanya yang indah, rupa parasnya yang comel. aku mula jatuh cinta.
namun cinta kami tidak lama, angkara hasutan rakan, dan paras rupaku yang kurang menawan AKU DITINGGALKAN... oh ya inilah lumrah cinta. cinta yang tidak semestinya bahagia keakhirnya..

alasanya: "Awak terlalu baik buat saya"

+ + +
Ku Terkenang

ku terkenang kisah memori lama, pendapat yg kami selalu bincangkan, impian yang dibina bersam, gelak tawa yang pengubat duka, Oh ya.. saya masih ingat kita berkongsi gelak tawa bersama. dalam henfon berjam-jam lama. jumpa bersama, senyum-senyum berdua. bersama-sama makan aiskrim diwaktu senja. oh ku terkenang waktu dulu.

+ + +
Raut wajah

raut wajahmu yg putih mulus, kesucian wajah mu mengubat duka, membuat hatiku gembira sangat mempersona.. kamulah wanita pertama yang buat ku rasa bagai nak gila. walaupun kita tidak kekal lama, raut wajah mu tetap ku ingati jua. walaupun saya sudah 5 tahun tidak berjuma, tidak mengapa.. rakan ku yang berada di universiti mu, tetap bercerita mengenai dirimu pada ku.

+ + +
BILA PEJAM MATA..


bila saya pejam mata.. saya ingat kamu, bila saya lelap mata, saya mimpi kamu, bila saya kelip mata, saya terbayang kamu.


ya mungkin mereka kata saya gila. ya.. saya gila.. gila dengan cintanya.. bila saya pejam mata saya ingat rupa parasmu, bila saya lelap mata, betul saya cuba berharap mimpi indah bertemu mu, bila saya kelip mata, saya hampa kerana bayanganmu pudar di mata ku.. kerana saya sedar, kamu bukanlah untuk ku...
biarlah kegembiraan, gelak tawa, kesedihan, keperitan, kebahagian kita yang dulu ku abadikan dalam memori imgatan.

andai kata suatu hari nanti, saya pejam mata selamanya, saya harap awak ada disisi saya, sebagai teman mahupun rakan. supaya saya dapat mimpi awak dalam tidur yang panjang...

+ + +
kisah mula.. dulu kala.. bila hati.. jatuh cinta.. ku terkenang... raut wajah..
BILA PEJAM MATA...


LAGU INI.. khas kugubah untuk mu sayang.....

 -i love you -
||atiQah||

5 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...

terima kasih atas MAKIAN IKHLAS anda.. perghh lu dapat jadi 1st la.. kah kah kah kah

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Pwincess9 Juhary said...

wooot... sape atikah tu weyh.. hahah aku kenal kah??? tuuutt..


buat anon...

weyh yang ko nak kutuk2 org lain pehal.. ko ingat ko bagus sgt ke? Nak kutuk orng tapi penakut... hahah devilyus.. si anon2 semua ni ntah2 jeles ngan kau nok.. hahha

*tangan di bahu mata ke langit*

dah.. aku back up kau ni... follow le aku.. weee

p/s: mesti kau rasa nak maki aku skang kan.. hik hikkk\\

http://pwincess9.blogspot.com/

Unknown said...

for me anon, hua nak tunjuk 1 bende la.
nnln = FUCK U!

Citer hot top 5

Benda Best yg lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...