February 11, 2011

imajinasi TERLAMPAU pelajar Universiti bahagian 2: Katy Perry, Hosni Mubarak & Solat Jumaat

Jumaat,11 febuary 2011, 8.00am waktu tempatan.

pagi ni gua dapat call dari Timbalan Naib Canselor (TNC), dia arahkan gua datang mesyuarat pagi ni gak kol 10pg. sebab hari tu gua dah cancel kan mesyuarat klik sini. so terpaksa la gua pegi, sapalah gua nak memperkotak-katikan TNC, kalau stakat DEKAN fakulti senang je gua kencing. tapi ni TNC yg summon gua dtg mesyuarat gua xleh buat pe.

mesyuarat kol 10pg, hari ni jumaat terengganu cuti. ehh TNC ni xpaham2 ke arini public holiday? nak jugak kacau gua time cuti. Nasib baik TNC, kalau dekan fakulti pengurusan dah lama gua maki2..

Diorang ni xpaham ke yg gua baru je lepas clash ngan awek gua yg haritu. Dah la heboh 1 U, awek gua tingalkan gua sebab gua kantoi dengan dia, yang Katy Perry cium pipi gua. Mane gua nak letak muka?? 

skarang ni Heboh satu U yg gua ni kejam terhadap wanita. sangup curang dengan awek semata2 awek hot cam Katy Perry. gua nak buat cam ne? bukan gua yg cium Katy Perry, dia yg cium gua, XKAN GUA TOLAK plak? nanti lagi teruk gua kena hentam dengan press CNN dan MTV kalau gua tolak ciuman Katy Perry.

GUA SUNGUH DALAM DILEMA.

"takpe" bisik gua dalam hati..

kalau lah para2 dekan fakulti dan TNC talk crap or sebut je pasal kes gua ngan Katy Perry. gua akan mengamuk 1 mesyuarat.. tunggu jelah.
bukan gua cium dia, dia yg cium gua

tepat pukul 10 gua sampai kat bangunan Canselori yg telah dijanjikan.. dari jauh gua nampak TNC dan beberapa dekan2 lari2 anak masuk ke bilik mesyuarat.. gua dengan cool keluar dari kreta gua dan menuju ke bilik tersebut. bila gua masuk je bilik mesyuarat semua berdiri memberi hormat pada gua.


gua amat terharu sebentar.. sebelum bermula gua suruh office boy tolong pasangkan lagu NEGARAKU dan lagu California Girl bagi menghormati sidang mesyuarat dan tanah air tercinta. lepas abis jer lagu gua suruh semua org duduk termasuklah TNC.

menyuarat hari ni dipengerusikan oleh TNC, gua sebagai tetamu kehormat diraja wakil dari persatuan TAHUN 1 Pelajar-pelajar elite Universiti. hanya duduk di sebelah TNC dan mendengar isu-isu yg diutarakan.
antara isu-isu serius selain daripada harga makan cafe FST naik harga adalah isu:

Revolusi pelajar U yg semakin serius menentang TNC ekoran BAS BALIK KAMPUNG yg disediakan oleh U semperna cuti raya cina yg lepas tak mencukupi. Pelajar2 disekitar Johor dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, membantah tindakan TNC yg lebih mementingkan program university daripada kebajikan pelajar University itu sendiri.

dalam hati gua..

"ceh, tah pape jer student zaman skang ni, ni semua pengaruh Revolusi Mesir menentang Hosni Mubarak"

tiba2 TNC meminta gua memberikan pendapat dan sedikit saranan untuk menyelesaikan masalah ini. gua dengan penuh rasa hormat mengeluarkan kata-kata yang membuatkan para sidang mesyuarat tersentap lalu fikir sejenak.

gua berkata:

"masalah ini berpunca daripada sikap anda sendiri, semua yg ada disini hanya mementingkan keuntungan University lalu tidak mengendahkan kebajikan pelajar. Pelajar ada hak untuk mengutarakan pendapat dan kehendak mereka, ini semua kerana mereka ni rakyat. manakala kita ni pemimpin. kita haruslah mengutamakan rakyat."

gua sambung lagi:

"dari dulu gua sudah sarankan, tanguhkan pembinaan fakulti-fakulti baru. duit2 tu kita boleh beli banyak bas untuk kegunaan pelajar, sekarang apa dah berlaku?? pelajar2 U mengamuk di JALAN BIAWAK tanda protes keatas pentadbiran U. jalan penyelesaian yg sebaik-baiknya adalah perletakan jawatan TNC dari mentadbir Universiti tercinta ini."

mereka semua diam.. TNC dah garu kepala.. gua mula duduk dengan tenang, keadaan semakin tegang, para dekan mula menunding jari antara 1 sama lain. lama kelamaan adengan baling2 kerusi plak muncul. gua semakin geram. lalu menghalau salah seorang dekan untuk keluar dewan. keadaan kembali tenang selepas gua  menghalau individu tersebut. tiba2 salah seorang dekan mula mempersoalkan kes gua dicium Katy Perry.

gua naik angin, dan terus belah dari sidang mesyuarat tersebut. walaupun gua muda, baru berusia 21tahun tapi hati kecil gua harus lah dijaga oleh orang2 yg tua. ni tak, gua dipersalahkan atas perlakuan orang lain.

so demi mengubat hati yang lara ni, gua call pilot peribadi gua untuk hantar gua ke LA bagi membincang kan HAL ini bersama Katy Parry sendiri. jet gua sampai ke lapangan terbang Kuala Terengganu tepat pukul 12 tengah hari..
Katy Perry dalam California Girl

so perjalanan ke LA mengambil masa 10 jam. itu lah alasan sebenarnya yang gua
 TAK PEGI SEMBAHYANG JUMAAT tadi.. bukan gua xnak pergi. tapi gua dalam keadan musafir nak kel LA bagi menyelesai kan isu sensetive yg mengangu hidup gua. gua baca kat facebook katy, dia kata rumahtangga dia dah x leh diselamatkan, so gua nak gi sana untuk menemani dia yg sedang sedih. mana la tau kot.. kot gua dapat jadi boyfriend dia.

bukan gua sengaja tak pegi masjid arini ok.. gua dalam musafir.. skarang gua dalam flight, ade lagi 3jam stengah sebelum gua mendarat..

2 comments:

Pwincess9 Juhary said...

jauh sungguh imaginasi ko Paan...

Anonymous said...

astgfirullah hal azim....

Citer hot top 5

Benda Best yg lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...