February 15, 2011

Maulidur Rasul Special- bukan sekadar Duniawi, tetapi mencari yang hakiki

nama saya MUHAMMAD Farqhan B Khairudin.
Muhammad- yang TERPUJI
Farqhan- Kegembiraan

MUHAMMAD farqhan - Kegembiraan yang TERPUJI.

sebagai umat islam saya berbangga dengan nama saya MUHAMMAD farqhan, bukan sekadar nama yang diberikan kepada saya sedap, malah kerana nama yang diberikan melambangkan bahawa saya merupakan UMAT NABI MUHAMMAD. berkat daripada nama yang indah ini lah, saya sering gembira setiap hari dari menempuh hari-hari yang penuh ranjau berduri.

Hari ini Maulidur Rasul, sambutan Hari kelahiran junjungan besar kita nabi MUHAMMAD s.a.w.
hari juga lah, sesuatu perkara yang ajaib bagi saya telah berlaku, saya bercakap dengan bahasa yang lebih sopan, dan pagi-pagi lagi saya buka YOUTUBE untuk mendengar SELAWAT keatas nabi dan menikmati alunan merdu NASYID khususnya mengenai nabi MUHAMMAD kita.
CONFORM ada antara sahabat saya yang terkejut bila baca blog ni, mereka terkejut sebab saya dengar lagu nasyid. Maybe ade yang terus buat sujud syukur kerana doa mereka termakbul. Ya.. ALLAH telah membuka pintu hati saya untuk mendengar lagu nasyid.

sebab sebelum ini saya bukanlah PEMINAT LAGU-LAGU NASYID, dalam laptop 1 lagu nasyid pun tiada.
sebab tu click YOUTUBE.Selama ni, kalau ada lagu nasyid jer kat radio saya terus tukar. bukan xsuka, tapi kurang minat untuk dengar.ALHAMDULILAH, pagi ni terbuka rasa hati ni mendengar lagu nasyid. kalau sebelum ni @ili shazana selalu kenakan saya dengan tag lagu MAHER ZAIN kat Facebook saya. Alhamdulilah hari ini saya boleh dengar lagu nasyid. tapi saya takkan click lagu MAHER ZAIN ye... sebab saya Xminat suara dia dan orangnya..

akibat dari xminat lagu nasyid, ada member-member yang buat lawak pedas

"Paan, ni terbakar bila dengar lagu nasyid"

"ehh PAAN, kalau aku bukak lagu nasyid, mesti kau terbakar kan"

"paan, aku nak bukak lagu MAHER ZAIN ni, cepat lari... nanti terbakar"

-antara lawak-lawak kasar yg selalu saya dapat.

sebagai umat nabi MUHAMMAD, semperna Maulidur Rasul ini, saya berjanji kepada diri saya untuk menahan rasa amarah, menahan dari mengeluarkan kata-kata kesat demi menghormati hari kelahiran nabi kita. ALHAMDULILAH, saya telah berhenti sekejap selama 2 hari untuk berbloging.

semalam, 14/2/2011 merupakan hari lahir sahabat saya, jadi saya carilah hadiah untuk beliau.. cari punya cari akhirnya saya diberi hidayah daripada ALLAH supaya menghadiahkan sebuah buku agama.
buku ni..

ini bukan buku jiwang
ini bukanlah buku cinta or jiwang. ni buku agama, khas untuk wanita. saya baca kat belakang je, sinopsis buku ni. dan buku ni saya amik kat bahagian buku-buku agama, bukan di bahagian novel-novel cinta.

so alang-alang beli buku untuk kawan, takkan la untuk diri sendiri takda? ishh mana bleh macam tu, dan sekali lagi benda yang amat-amat jarang skali berlaku pada saya.. saya beli buku agama ni pula untuk saya..

supaya saya lebih mengenali dan mencintai kekasih ALLAH ini, saya beli buku, insyaallah, buku ni saya cuba baca sampai habis.. Kalau semalam Valentine day untuk mereka yang bercouple tu gi berkasih-kasih sesama pasangan masing-masing. saya yang SINGLE sorang2 ni setiap tahun time Vday, kali ni cuba mencari cinta sebenar iaitu, cinta akan ALLAH, dan sayang pada rasul..

saya bukanlah pengemar baca buku. saya tak pernah tulis pun kat HOBI saya time skolah dulu, baca buku. agak hipokrit kalau saya kata begitu. namun begitu saya sangat suka beli komik.

sebenarnya.. buku-buku agama ni tidak lah mahal mana... mahal lagi buku-buku Twilight, Newmoon, eclipse dan harry potter series... buku hijau yang saya beli ni rm12.90 jer, tapi nak dibanding kan buku ni dengan novel-novel jiwang or novel-novel horror best seller yg korang beli tu.. mahal lagi novel2 tu..dan bermanfaat lagi buku-buku agama ni.

kita sering lalai dan leka dengan hal-hal duniawi ni. saya sendiri rasa begitu.. koleksi buku komik doremon sewaktu kecil dan majalah gempak yg saya beli 2x sebulan tidak terkira banyaknya...
novel-novel graphic karya KITH gempakstar dan buku-buku  komik strip keluaran gempak star pun saya dah ada semua. nak diikutkan boleh bukak library lagi.

tapi cuba nilai diri kita.. berapa banyak buku hiburan kita beli berbanding dengan buku agama.
saya mengaku, ini adalah buku yang ke 6 yg saya beli untuk diri saya, selain dari buku teks agama islam KBSR & KBSM keluaran dewan bahasa dan pustaka.

cuba tengok rak-rak buku kita. berapa banyak buku agama berbanding novel2 dan komik2? buku mana yang membantu kita di akhirat kelak?
saya bukan seorang ustaz. tapi saya seorang umat NABI MUHAMMAD. semperna hari mulia ni, marilah kita berubah.

air mata saya menitis hari ni bila saya mendengar selawat dari  video ni.

1 comment:

Lysha H. said...

paan,nk pinjam buku cinta segitiga tu?

Citer hot top 5

Benda Best yg lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...