February 4, 2011

TRUE STORY: kisah jiwang cinta (anda boleh muntah kalau baca)

Warning: ANDA AKAN MENYESAL BILA BACA, SEBAB INI KERJA BUANG MASA

ini kisah cinta..
cinta yang indah hanya khabar dari rupa..
yang indah tidak semestinya bahagia..
yang buruk tak semestinya sengsara..
tapi itu lah hakikat cinta...
cinta penuh dusta hanya mampu buat hati menderita
kecewa, resah, gelisah, menikam sanubari cinta..
oleh sebab itu lah aku masih takut mengenal apa itu cinta..

TRUE STORY:
may 2001, saat itu aku baru kenal si dia, aku hanya kenal dia sebagai kenalan, dan tak tau apa itu cinta,
umurku baru saja 2 bulan menjangkau usia 11 tahun. entah mengapa aku terpukau dengan kecantikan dia.
kerna minda ku milik alam kanak2, jadi aku biarkan dia berlalu begitu saja.

may 2002, kini aku sekelas dengan dia, aku mula melangkah mengungkap bibit2 cinta. waktu itu aku tidak mengerti cara2 membina warkah cinta, HANYA LIRIK LAGU ALLEYCAT ku salin semula hanya untuk dia. HAH sungguh indah kisah cinta pada mulanya.. layangan kasih sepucuk surat yang ku utuskan, di balas dengan SURAT CINTA. waahh akhirnya aku berjaya menjadi seorang jejaka yang menempuh alam cinta.

namun begitu kisah cintaku tidak bertahan lama, cintaku diburu oleh hasad dengki, rasa iri hati, jealousy yang membuat cintaku pergi... berakhir lah episode pertama cintaku ini.

TRUE STORY:
2005, setelah 2 tahun aku mengubat hati yang luka, aku mula mengorak langkah menjadi insan durjana terhadap cinta. 7 jiwa ku jadikan mangsa, menjadi kan aku sang PLAYBOY antarabangsa.. HAAAH akibat cinta, aku menderita.. oleh itu aku jadi PLAYBOY hanya kerna membalas dendam atas nama cinta.
aku merapati mereka semua, walaupun sering gagal namun aku tetap berusaha.. akhirnya aku berjaya memupuk cinta dusta terhadap 7 jiwa.. OHH tidak aku telah mengkhianati cinta.. tapi itu lah hakikatnya..
aku merobek hati 7 wanita tanpa belas dijiwa.. 

2006, aku terperangkap dengan jerat sendiri, kini aku tidak lagi melawan cinta, kerna cinta yang telah hilang datang kembali kepada ku, aku terpikat dengan dia. putih orangnya, rendah, comel, dan banyak pula bercerita, aku terpesona dengan dia. setiap langkah ku, ku atur dengan bijaksana.. aku cuba mengorak langkah mendapatkan cinta. malang nasibku.. aku hanya insan yang kurang paras rupa. cintaku xberbalas dan dia pergi tanpa aku disisinya.. persahabatan yang ku ukir bersama dia yang kuharapkan menjadi cinta hilang tiba2.. oh ya..sehingga 2007 aku berduka.bosan mendengar kalimah cinta. aku berhenti dari arena permainan cinta pembunuh jiwa.

2008, akibat kebosanan aku cuba mencari semula apa itu cinta, sekali lagi aku menjalinkan hubungan cinta dengan si dia. namun begitu hubungan cintaku tidak kemana. aku berhenti sebab aku tiada komitment dengan cinta. kerna kesibukan aku tiada masa untuk bercinta. tapi aku tau aku berdosa.. kerna aku telah melukakan hati dia..

2009-2010-feb 2011.
seringku lihat bunga2 cinta disekeliling ku. aku tidak endahkan sahaja. bagiku pengalaman tentang cinta banyak mengajar aku menjadi dewasa. pernah ditanya apa maksud cinta bagiku. aku hanya menjawab 
TAK TAHU... sebab aku belum TAHU, siapakah CINTA KU nanti di waktu ITU...

KAN AKU DAH CAKAP BUANG MASA JER BACA CERITA NI.. WALAUPUN KISAH BENAR, BUANG MASA JER... sebab bila gua tulis "aku" itu bermakna gua bosan dan saj buang masa.

                                            sumber GOOGLE penuh DUSTA

No comments:

Citer hot top 5

Benda Best yg lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...